logo mak-adang.com

Jejak Minangkabau di Manila

 Dr. Andi Mulya, S.Pd., M.Si.     23/02/2023    Diaspora   140 Views
Jejak Minangkabau di Manila

Mak-adang.com memuat  link tentang sejarah Minangkabau di Pilipna.

Sejarah yang lebih lengkap. (dalam link imi)  dulu kita hanya tahu, orang Minang pendiri Kota Manila

Selamat membaca.

PEMERINTAHAN ISLAM DI MANILA : Raja Sulaiman @ Sulaeman @ Sulayman
.
1- Raja Sulaiman adalah seorang ulama Minangkabau yang terkenal kerana menyebarkan Islam ke Filipina dan mendirikan Kota Manila.
.
2- Kerajaan Manila (juga disebut Kota Seludong) adalah gabungan kerajaan-kerajaan Islam yang pernah memerintah kawasan Manila, Philipina.
.
3- Terdapat tiga raja yang memerintah kawasan ini. Mereka adalah Raja Sulaiman, Raja Matanda dan Raja Lakandula. Manila saat itu adalah negeri Islam paling utara di Nusantara dan menjalinkan hubungan dekat dengan Kesultanan Brunei, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Ternate.
.
4- Raja Sulaiman merupakan pemerintah kepada kawasan Tondo dan Manila. Suku Tagalog pula banyak tertumpu dikawasan selatan sungai Pasig di Manila dan mendapat pelindungan dari Raja Lakandula dan Raja Matanda.
.
5- Islam datang di Manila pada tahun 1565 mengikuti pedagang-pedagang Melayu dari Indonesia.
.
Peperangan Bermula.
.
1- kedatangan orang Spanyol yang dikepalai Martín de Goiti dan Juan de Salcedo pada mulanya disambut baik oleh Raja Sulaiman.
.
2- Sebagai orang Islam yang budiman beliau menjalinkan persahabatan dengan mereka dan menawarkan rempah ratus dan dayang-dayang sebagai hadiah.
.
3- Tetapi setelah beberapa minggu berlalu, beliau mulai sedar bahawa Spanyol mula mengambil kesempatan dan mencuba untuk merebut Manila karena kekayaan hasil buminya.
.
4- Raja Sulaiman kemudiannya melancarkan serangan terhadap pendudukan Spanyol di Manila.
.
Kejatuhan Peradaban Islam Manila.
.
1- Pada 24 Mei 1570, Raja Sulaiman, Raja Lakandula dan Raja Matanda mengapalai sebuah serangan ke atas pasukan Spanyol di dalam Perang Bangkusay.
.
2- Karena keunggulan teknologi senjata Spanyol dan juga bantuan suku-suku Filipina yang telah dimurtadkan, menyebabkan ketiga raja ini kalah dalam peperangan dan ditangkap oleh tentara Spanyol. Tentera Spanyol kemudiannya membakar kota Manila.
.
3- Tentera Islam yang berhasil melarikan diri kemudian menyusun pasukan mereka dan melancarkan pemberontakkan ke penjajahan Spanyol. Pada 24 Jun 1561, seorang Jeneral Spanyol Miguel López de Legazpi, tiba dengan bantuan armada perang Spanyol menyebabkan pemberontak ini terpaksa menyerah kalah. Mereka kemudiannya dimurtadkan dan dijadikan regim boneka kerajaan Spanyol.
.
Maka berakhirlah apa yang dikatakan Tamadun Islam Alam Melayu di Daerah Nusantara paling utara. Semoga menjadi iktibar dan ingatlah Sejarah akan sentiasa berulang pada mereka yang lalai dan leka.
.
rujukan:
Agoncillo, Teodoro C (1990) [1960]. History of the Filipino People (edisi ke-8th edition). Quezon City: Garotech Publishing. hlm. p. 22. ISBN 971-8711-06-6.

Tugu Rajah Sulayman
Lokasi : Sulayman Park, Filipina

Sumber:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02Zcx81Q77R7375NNX7Q7Z3FBbUWTQCn8bYjoquPHrJmo2L6yCmqC6BAWBLipFC3Wpl&id=1983702598324387&mibextid=Nif5oz

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkait